BEKAS isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada mendoakan kebahagiaan bekas suaminya yang baru selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan, Athira Yuhada pada Jumaat.
Pernikahan itu juga sekali gus 'membenarkan' kata-katanya selama ini tentang kisah rumah tangga mereka hingga berakhir dengan perceraian.
"Selamat maju jaya dalam hidup. Insya-Allah, Allah maha baik.
"Saya gembira, sekurang-kurangnya Allah sudah tunjukkan yang saya tidak berbohong mengenai perkara ini," katanya seperti laporan BH Online.
Pagi semalam, foto dan video majlis pernikahan dikongsi Hafidz di IG menjawab teka-teki hubungan pelakon itu Athira.
Pasangan itu dipercayai bernikah di sebuah premis acara di Shah Alam, berdasarkan foto yang antara lain menampakkan Hafidz dan Athira masing-masing menggayakan busana pengantin rona putih.
Melalui paparan video, Athira juga dilihat mencium tangan Hafidz simbolik mereka kini sah bergelar suami dan isteri.
Hafidz yang juga finalis program pencarian bakat, Hero Remaja Edisi 2011/2012 memuat naik video menyempurnakan lafaz ijab kabul dengan menyertakan mas kahwin bernilai RM300.
Hafidz juga dilihat mengesahkan dirinya milik Athira melalui keterangan gambar berbunyi: "Alhamdulillah #HafidzAthira."
Sebelum ini, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Nurul Shuhada, 29, pada 30 April 2016. Namun, mereka bercerai pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah yang mendapat liputan meluas media.
Hasil perkongsian hidup, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3. -Gempak
Gempak
Sun Dec 17 2023
Menurut Nurul Shuhada, pernikahan itu juga 'membenarkan' kata-katanya selama ini tentang kisah rumah tangga mereka hingga berakhir dengan perceraian. -Gempak
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
“Jangan kerana satu kesilapan, semua kebaikan kita tak nampak” - Hafidz Roshdi
Hafidz mohon masyarakat tidak mudah menghukum orang lain hanya dengan satu kesilapan dilakukan mereka.
'Allah tunjukkan saya tak berbohong' - Nurul Shuhada doakan kebahagiaan bekas suami
Menurut Nurul Shuhada, pernikahan itu juga 'membenarkan' kata-katanya selama ini tentang kisah rumah tangga mereka hingga berakhir dengan perceraian.
Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada akhiri teka-teki, selamat diijab kabul
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Hafidz menerusi hantaran sekeping foto dan sepotong video ketika akad nikah di akaun Instagram.
Bicara kes pelakon Hafidz Roshdi cedera bekas isteri bermula 6 Feb
Mahkamah Majistret menetapkan dua hari bermula 6 Feb tahun depan untuk perbicaraan kes pelakon Hafidz Roshdi yang dituduh mencederakan bekas isterinya Mac lepas.
Hafidz Roshdi nafi kahwini Athira Yuhada, baru fasa berkawan
Pelakon Hafidz Roshdi menafikan sudah berkahwin dengan wanita yang dikaitkan dengannya sebelum bercerai, Athira Yuhada.
Hafidz Roshdi sah cerai isteri talak satu
Pelakon, Hafidz Rosdi disahkan bercerai dengan isterinya, Shuhada talak satu pada Februari lalu, oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Khamis.
Keputusan lafaz cerai Hafidz Roshdi, Shuhada 27 Julai depan
Mahkamah Rendah Syariah menetapkan keputusan pengesahan lafaz cerai pelakon, Hafidz Roshdi terhadap isterinya, Shuhada pada 27 Julai depan.
"Itu gambar anak-anak tiga minggu lalu" - Shuhada tak tahu apa niat Hafidz Roshdi
Isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri terkejut apabila dimaklumkan mengenai video dan gambar anak-anaknya yang dimuat naik secara pukal di akaun Instagram milik pelakon itu.
"Saya nak anak-anak..." - Shuhada mahu hak penjagaan, Hafiz Roshdi enggan komen
Isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mengharapkan mendapat hak penjagaan anak-anak mereka.
Selepas tiga bulan Hafidz Roshdi akhirnya berjumpa anak
Pelakon Hafidz Roshdi berkongsi keceriaan bertemu dengan anak-anaknya.